March 31, 2010

Soccerkids Malaysia


Pernah dengar x pasal soccerkids??? bagi aku daripada tengok AF, Mentor, dan macam2 rancangan yang menyemakkan lagi industri seni sekarang nih baik korang tengok realiti tv macam nih. Aku tengok kat TV3 pasal budak2 soccerkids ni dari pemilihan sampai match akhir lawan Singapore, fuh...'Im proud to be malaysian'. budak2 nih main bukan main lagi. Tak macam Malaysia yang dah matang sekarang nih [matang ker??], main xde hati, semangat xde, yang tau gaya rambut macam ronaldo, kasut macam beckham tapi main macam orang kene tungau. 


Kalau suruh aku turun stadium kat kawasan umah aku pn aku xturun tengok Malaysia, bukan sebab aku xsokong Malaysia. Tapi mutu yang cuba ditonjolkan agak keterlaluan bagi aku. sehingga aku xlalu nak tengok. baik aku tengok citer Jidin tak pun kapten kit..kakakaka.. Dan2 plak kalah time tuh, elok2 je keluar stadium aku terus maki2 agaknya, xpun sebelum keluar tu aku dah maki2 kot siap baling botol kene kat kepala manager, biar sampai putus urat tengkok dia bila kene botol. Tak pun kepala player yang main tuh. Aku tak kejam tapi kalau dah marah bende lembut pun aku buat ganas.kekeke

Sambung balik pasal soccerkids, adakah diaorg ni bila dah besar masuk liga malaysia?? tak pun liga luar negara yang anggap Malaysia ni tak de pape istimewa pn?? boleh plak main liga macam main friendly match diaorg cakap. 

Come on Malaysia, apa sudah jadi, kita dihina teruk macam tu beb. Aku pun tak tau apa la nasib budak2 ni akan datang, diaorg ni dapat tolong Malaysia naik balik ke macam zaman mokthar dahari dulu? tak pun takat hangat2 taik ayam. Kecik2 power besar2 ommak aih punya la teruk?

Papepun xnak komen banyak2 pasal bende nih, masing2 ade otak tuk berfikir.







p/s: Malaysia menang 11-0..Tahniah!


Admin 2




March 17, 2010

ADNAN SEMPIT...


gua cari duit dalam poket, ooomak aih skit!

gua merayau ttiba tersadung, terjumpa pulak sebuah tabung,

korek2 pkai lidi, duit xkluar masih steady,

gua bengang gua gigit, last2 yg kluar cuma seringgit,

perut dh keroncong, bukan nak bohong,

nak makan serba salah, takut duit nanti kene kekah,

dari gua gigit jari, baik gua pergi mencari,

terjumpa pula sebuah almari, tersimpan pula sebungkus megi,

nak diambil milik orang, tapi hati suruh serang,

gua pn xpikir panjang, air dalam hitter terus gua jerang,

sambil menunggu megi kembang, bukak facebook sembang-sembang,

megi kembang gua sapu, terus mkn dengan sudu.

leganya perut tidak terbayang, Alhamdulillah kenyang!




p/s: makan la kalau xnk rasa lapar..




xD




ANTARA AKU DAN DIA...

Kepada insan yang bernama lelaki..patotkah semua ini terjadi dalam hidup anda.lau pompuan TIPU anda, maka anda berhak untuk menjadi PENIPU yg lebih baek.

tp lau anda seorang pompuan yang kene KENCING oleh insan yang bernama lelaki,anda perlu lah jd KAKI KENCING yg berjaya.x pon,jumpe jer aku.meh aku kencing bnyak2.

p/s:jgn percaya kedua2nyer
admin 1

TERKEJUT BERUK..

Ari ni ari rabu, macam biasa la..pagi2 gua bangun tido jalankan rutin seperti biasa. Tapi gua tulis ni bukan nak citer pasal gua ari ni. tak de kaitan pun. Citer pasal semalam. malam semalam lah senang citer. Paham x ni? belum masuk citer lagi nih.. gua semalam xleh nak tido. Gua mengelamun pastu rasa2 bilik gua panas tetiba, secara otomatiknya gua terpikir tentang bilik belakang umah gua nih..hostel, bukan gua beli umah pun. Walaupun puaka, bilik nih memang sejuk sebab kipas dinding dia memang menghadap terus ke katil. So, dengan tekad dan inisiatif yang ada gua membuat hipotesis iaitu semakin gua masuk bilik tuh, semakin tinggi peratus gua untuk tido.

Gua pun begerak maju dengan bantal yang terrbaik. Dekat 4tahun tak basuh, yelah dari gua amik diploma dulu. Bau kalau cium.fuhh, menyelerakan. Biasalah, dah campur ngn rumate gua. Lagi-lagi mamat sekor nih, asal balik kuliah katil gua jadi port dia. So secara otomatiknya terus menyumbang kat bantal ni. Sambung balik cite gua. gua dah sampai depan pintu bilik. Gua pulas tombol. Alamak, pehal leh kunci plak nih. Setahu gua bilik xde org. buat pe nak kunci. bukan ade barang pn nak dicuri. ini membuatkan gua musykil.


Gua cuba cari bende. Screwdriver ada dalam laci dapur. Gua amik gua korek tepi tombol. Berpeluh gak buat bende nih. Ini menambahkan lagi mud panas gua. argh xkisah janji gua leh landing kat bilik nih. Tengah sedap korek tombol. Gua dengar bunyi kipas on dalam bilik. Gua dah rasa panik. Member gua pernah bagitau gua. Umah gua ni dulu prempuan yang duduk. Ramai yang citer perempuan dalam umah ni rajin kene histeria. Sebab nampak bende yang bukan-bukan.


Plap!![sound efek pintu terbukak]. pergh, bersawang bilik. Sekor labah-labah merayap kat tangan gua. Gua jentik slow2. bagi dia jatuh elok2. Gelap sungguh bilik nih. gua pun meraba cari katil. Cantek dah jumpa. Gua lempar bantal and terus landing. Bedebub. gua jatuh atas bende. Gua dah makin tak sedap badan dan tak selesa. Bende ape plak nih. Kenyal, setahu gua yang kenyal2 nih toyol jer. Gua try2 raba untuk kepastian. "Adus! pedih, oi nape ko men landing je ha! pastu meraba aku". Lorh, baru gua tau bilik tu ade member gua.dia tengah sedap layan tido. Patut la bilik berkunci. Tido mati plak tuh. Orang kopak pintu tak dengar. Gua pun mintak diri pada member gua dan beransur semula kebilik gua dengan perasaan hampa.

watak yang terlibat dlm cite ni:
1.Hannan
2.Naim
3.Mie

P/s: gua terpikir-pikir gak, mat saleh pun ade toyol jugak ke ??




Toyol

By: Admin 2