March 17, 2010

TERKEJUT BERUK..

Ari ni ari rabu, macam biasa la..pagi2 gua bangun tido jalankan rutin seperti biasa. Tapi gua tulis ni bukan nak citer pasal gua ari ni. tak de kaitan pun. Citer pasal semalam. malam semalam lah senang citer. Paham x ni? belum masuk citer lagi nih.. gua semalam xleh nak tido. Gua mengelamun pastu rasa2 bilik gua panas tetiba, secara otomatiknya gua terpikir tentang bilik belakang umah gua nih..hostel, bukan gua beli umah pun. Walaupun puaka, bilik nih memang sejuk sebab kipas dinding dia memang menghadap terus ke katil. So, dengan tekad dan inisiatif yang ada gua membuat hipotesis iaitu semakin gua masuk bilik tuh, semakin tinggi peratus gua untuk tido.

Gua pun begerak maju dengan bantal yang terrbaik. Dekat 4tahun tak basuh, yelah dari gua amik diploma dulu. Bau kalau cium.fuhh, menyelerakan. Biasalah, dah campur ngn rumate gua. Lagi-lagi mamat sekor nih, asal balik kuliah katil gua jadi port dia. So secara otomatiknya terus menyumbang kat bantal ni. Sambung balik cite gua. gua dah sampai depan pintu bilik. Gua pulas tombol. Alamak, pehal leh kunci plak nih. Setahu gua bilik xde org. buat pe nak kunci. bukan ade barang pn nak dicuri. ini membuatkan gua musykil.


Gua cuba cari bende. Screwdriver ada dalam laci dapur. Gua amik gua korek tepi tombol. Berpeluh gak buat bende nih. Ini menambahkan lagi mud panas gua. argh xkisah janji gua leh landing kat bilik nih. Tengah sedap korek tombol. Gua dengar bunyi kipas on dalam bilik. Gua dah rasa panik. Member gua pernah bagitau gua. Umah gua ni dulu prempuan yang duduk. Ramai yang citer perempuan dalam umah ni rajin kene histeria. Sebab nampak bende yang bukan-bukan.


Plap!![sound efek pintu terbukak]. pergh, bersawang bilik. Sekor labah-labah merayap kat tangan gua. Gua jentik slow2. bagi dia jatuh elok2. Gelap sungguh bilik nih. gua pun meraba cari katil. Cantek dah jumpa. Gua lempar bantal and terus landing. Bedebub. gua jatuh atas bende. Gua dah makin tak sedap badan dan tak selesa. Bende ape plak nih. Kenyal, setahu gua yang kenyal2 nih toyol jer. Gua try2 raba untuk kepastian. "Adus! pedih, oi nape ko men landing je ha! pastu meraba aku". Lorh, baru gua tau bilik tu ade member gua.dia tengah sedap layan tido. Patut la bilik berkunci. Tido mati plak tuh. Orang kopak pintu tak dengar. Gua pun mintak diri pada member gua dan beransur semula kebilik gua dengan perasaan hampa.

watak yang terlibat dlm cite ni:
1.Hannan
2.Naim
3.Mie

P/s: gua terpikir-pikir gak, mat saleh pun ade toyol jugak ke ??




Toyol

By: Admin 2






2 comments: