November 22, 2010

Aku dan CS

Lu orang pernah main CS x? bagi sapa yang tak tau CS tu pe bende, dia adalah sejenis cicak yang katek-katek atau nama saintifiknya Cicak Serama[CS]. tak caya gi tanya abang google. takkan tu pun gua nak ajar.

Teringat masa muda-muda dulu, time sekolah rendah lagi. Member gua ajar gua jadi seorang yang sangat skema dengan menipu mak gua dengan mengatakan ada koko kat sekolah. siap mintak duit lebih sebab skolah lebih masa. Mati-mati mak gua percaya kat gua. terbit rasa bangga dalam diri kerana dapat menjayakan watak budak yang skema tetapi comel.

"Pergh lu dapat RM3.00...kaya la lu beb". ujar member gua. Gua bangga! riak! bongkak! gersang! kembang hidung bila kalimah-kalimah tersebut ditujukan pada gua. RM1.50 gua hulur pada makcik kantin  sambil mendabik dada. RM1.50 pada masa tu sangat bernilai, boleh beli nasi lemak 50sen, air sirap 10sen, daging burger 50sen dengan sandwich 40sen. "abis sekolah ni kita lepak cc bai. ada game gempak gua belaja semalam!" tambah member gua tadi. "Roger!" tambah gua. baki duit gua simpan untuk misi tersebut.

"weh lu reti men game ni x?" member gua ask the question. "zzzz..dont know..im newbie" perasaan riak masih dalam diri. "ok, gua pegang mouse lu tekan keybord" balas member gua. Kami main dengan penuh ghairah selama sejam. Ramai yang kami bunuh. Orang ramai berkerumun di pc kami. Riak gua bertambah-tambah seperti cendawan tumbuh di kepala dr romie. 1/2 alam pecah punggung.

Ppppiiaaaaapppp!!! 

"Ades!! sakit la mangkuk" gua menjerit ikut irama Cindai - Siti Nurhaliza. Telinga gua kene pulas. "Mana pergi koko nye AjaK oi!!" suara nyaring ibarat langsir langsuir mengilai kat telinga gua. terang, jelas dan nyata tetapi sedikit berdengung. Gua pernah dengar suara ni. Gua toleh gua nampak mak gua tengah reload peluru kat machine gun sambil muka merah. barulah gua tahu yang gua patut redha, tawakal dan istiqamah.


Layan video ni kayh!

November 21, 2010

Pekara-pekara yang gua nak buat tapi x dapat buat...

1.   
Gua nak buat....
Study kaw-kaw selama 12 jam terus menerus.
Tapi x dapat buat sebab....
Baru 15 minit study member gua melalak "perghhhh...study sialllll"


2.
Gua nak buat....
lepak kat simpang pulai sambil pewit-pewit awek cun
Tapi x dapat buat sebab....
baru nak lepak mak gua kol suh balik makan nasi.

3.   
Gua nak buat....
bukak FB dengan perasaan nak kutuk & maki orang 
TAPI x dapat buat sebab....
member gua dah pedajal masuk FB gua dulu. pastu tulis "Aku gersang".

4.   
Gua nak buat....
bukak friendster sebab nak bagitau gua seorang yang HENSEM. pasti xde sapa pangkah gua. 
TAPI x dapat buat sebab....
gua lupa password......

5.
Gua nak buat....
nak ayat lecturer supaya dapat markah tinggi sem ni
TAPI x dapat buat sebab....
belum gua buat dah ada budak ayat dulu.

6.
Gua nak buat....
bomohkan Arsenal supaya menang tiap-tiap perlawanan
TAPI x dapat buat sebab....
belum bomohkan Arsenal dah kalah 3 game..

7.   
Gua nak buat....
kutuk kaw-kaw peminat man u bila team diaorang kalah
TAPI x dapat buat sebab....
man u xpernah kalah

8.
Gua nak buat....
angkat sorang budak yang gua xpuas ati lepas tu letak tengah-tengah jalan. then langgar ramai-ramai sampai dia sedar orang xsuka dia.
TAPI x dapat buat sebab....
dia anak orang....

9.
Gua nak buat....
main boling pastu strike semua sampai xde satu pun pin yang tinggal...
TAPI x dapat buat sebab....
bila gua lontar bola boling mesti kebelakang

10.
Gua nak buat....
menjadi seorang yang NOOB dalam game DOTA..
TAPI x dapat buat sebab....
belum main lagi orang lain dah kata gua PRO...


Tinggal satu paper lagi ni. Gua tengok buku pun rasa nak bakar..

November 20, 2010

Jom bunuh setan!

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampung maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.... ...

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampung tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersetubuh kannn abang kann.. dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan".

Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kan, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang???"

Ni pun setan gak.. jom bunuh...hahahaha
Gogo Arsenal

November 19, 2010

Aku pulang tanpa dendam...

Jam di tangan menunjukkan tepat kul 12 tengah ari. dah tiba masanya untuk gua sebagai jejaka yang hensem dimata gadis-gadis abad 21 bergerak menuju ke alam....NERAKA SERABUT. Leceh tul la, raya aji baru sehari. dah kene go back balik hostel. Kalau la gua jadi menteri pendidikan. Gua xbagi budak-budak ni exam lepas raya. kesian kat otak. Otak pun nk tido gak. Nak release tension. Layan movie blu kat external hardisk ke, makan lemang sampai terburai perut ke, merempit dengan rakan-rakan kat simpang pulai ke, usya ponggong 40 juta dr rozmey ke. Hatdoiiii..


"Lu xabis final lg ke bai. Giler semangat nak balik" merewang-rewang ayat tersebut di dalam kepala otak ni. perang psikologi yang diterjahkn dari member gua membuatkan moral gua turun mendadak. Semut api yang menjalar ditingkap bas menyemakkan lagi fikiran gua. Lalu gua jentik dan trus melayang ke peha amoi sebelah gua. Gua bajet semut tersebut mesti xtahan dengan peha gebu amoi tu. 

yeah!! ternyata sangkaan gua tak meleset. amoi tersebut digigit semut gersang tetapi beliau cuba menahankan diri. peha putih menjadi merah. mungkin bimbang gua akan amik kesempatan kot. sekali lagi fikiran gua serabut. pekara negatif mula timbul adakah muka gua macam perogol? pencabul? penghapus kehormatan?

 Macam ni la muka amoi tu. gua xtipu.

"bro, bro, lu nak pegi mana?" terpacul kat mulut mamat ejen tiket bas kat bukit jalil. "er, melaka ada? ayer keroh". mamat ejen tu bawak gua pegi kaunter dia amik tiket. "alamak bro, bas baru gerak. kene tunggu sejam lagi". limpahan maki-makian terbit dari mulut gua. Dalam masa sejam tersebut gua habiskan dengan berpura-pura menjadi pengawal keselamatan yang hensem di tepi platform.

gua selamat sampai kul 6.30 tadi. bas yang bawak gua dari kl sampai melaka amik masa sejam. gua rasa montoya yang bawak bas tu, tak pun alonso. patut lah berita banyak pasal bas sekarang ni. lagi-lagi kat bahagian sukan. Bas pecah rekod 12 terbunuh, antara tajuk yang paling glemer.

Papepun gua masih hidup lagi ni. Alhamdulillah.

 bas gua naik tadi..ok, yang ni gua tipu.

November 07, 2010

Suami start bersuara...

Saya dan isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan kami berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak.

Kami sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan,

LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS.
Isteri saya secara jenaka mencuit saya dan dalam senyum berkata :
'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'

Kami kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :
''LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS '

Sekali lagi isteri saya mencuit saya dan berkata :
'WOW Itu dah lebih dari dua kali seminggu.Abang boleh belajar banyak dari dia .'
Kami berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :

'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS'

Isteri saya menjadi girang dan mencuit saya dengan kuat dan berkata :
'Itu bermakna sekali setiap hari.Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini " !!!

Saya pun pandang isteri saya dan berkata kepada nya,"

'Awak pergi tanya lembu jantan tu, selama 365 hari itu, adakah dia mengawan dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA SETIAP KALI ??