December 20, 2010

i got a feeling

Selama cuti ni... gua nak bagitau ati gua tenang beb. Alhamdulillah, sori bro-bro. sis-sis. Gua cuti blog gua pun tercuti gamaknya.


yeah!

November 22, 2010

Aku dan CS

Lu orang pernah main CS x? bagi sapa yang tak tau CS tu pe bende, dia adalah sejenis cicak yang katek-katek atau nama saintifiknya Cicak Serama[CS]. tak caya gi tanya abang google. takkan tu pun gua nak ajar.

Teringat masa muda-muda dulu, time sekolah rendah lagi. Member gua ajar gua jadi seorang yang sangat skema dengan menipu mak gua dengan mengatakan ada koko kat sekolah. siap mintak duit lebih sebab skolah lebih masa. Mati-mati mak gua percaya kat gua. terbit rasa bangga dalam diri kerana dapat menjayakan watak budak yang skema tetapi comel.

"Pergh lu dapat RM3.00...kaya la lu beb". ujar member gua. Gua bangga! riak! bongkak! gersang! kembang hidung bila kalimah-kalimah tersebut ditujukan pada gua. RM1.50 gua hulur pada makcik kantin  sambil mendabik dada. RM1.50 pada masa tu sangat bernilai, boleh beli nasi lemak 50sen, air sirap 10sen, daging burger 50sen dengan sandwich 40sen. "abis sekolah ni kita lepak cc bai. ada game gempak gua belaja semalam!" tambah member gua tadi. "Roger!" tambah gua. baki duit gua simpan untuk misi tersebut.

"weh lu reti men game ni x?" member gua ask the question. "zzzz..dont know..im newbie" perasaan riak masih dalam diri. "ok, gua pegang mouse lu tekan keybord" balas member gua. Kami main dengan penuh ghairah selama sejam. Ramai yang kami bunuh. Orang ramai berkerumun di pc kami. Riak gua bertambah-tambah seperti cendawan tumbuh di kepala dr romie. 1/2 alam pecah punggung.

Ppppiiaaaaapppp!!! 

"Ades!! sakit la mangkuk" gua menjerit ikut irama Cindai - Siti Nurhaliza. Telinga gua kene pulas. "Mana pergi koko nye AjaK oi!!" suara nyaring ibarat langsir langsuir mengilai kat telinga gua. terang, jelas dan nyata tetapi sedikit berdengung. Gua pernah dengar suara ni. Gua toleh gua nampak mak gua tengah reload peluru kat machine gun sambil muka merah. barulah gua tahu yang gua patut redha, tawakal dan istiqamah.


Layan video ni kayh!

November 21, 2010

Pekara-pekara yang gua nak buat tapi x dapat buat...

1.   
Gua nak buat....
Study kaw-kaw selama 12 jam terus menerus.
Tapi x dapat buat sebab....
Baru 15 minit study member gua melalak "perghhhh...study sialllll"


2.
Gua nak buat....
lepak kat simpang pulai sambil pewit-pewit awek cun
Tapi x dapat buat sebab....
baru nak lepak mak gua kol suh balik makan nasi.

3.   
Gua nak buat....
bukak FB dengan perasaan nak kutuk & maki orang 
TAPI x dapat buat sebab....
member gua dah pedajal masuk FB gua dulu. pastu tulis "Aku gersang".

4.   
Gua nak buat....
bukak friendster sebab nak bagitau gua seorang yang HENSEM. pasti xde sapa pangkah gua. 
TAPI x dapat buat sebab....
gua lupa password......

5.
Gua nak buat....
nak ayat lecturer supaya dapat markah tinggi sem ni
TAPI x dapat buat sebab....
belum gua buat dah ada budak ayat dulu.

6.
Gua nak buat....
bomohkan Arsenal supaya menang tiap-tiap perlawanan
TAPI x dapat buat sebab....
belum bomohkan Arsenal dah kalah 3 game..

7.   
Gua nak buat....
kutuk kaw-kaw peminat man u bila team diaorang kalah
TAPI x dapat buat sebab....
man u xpernah kalah

8.
Gua nak buat....
angkat sorang budak yang gua xpuas ati lepas tu letak tengah-tengah jalan. then langgar ramai-ramai sampai dia sedar orang xsuka dia.
TAPI x dapat buat sebab....
dia anak orang....

9.
Gua nak buat....
main boling pastu strike semua sampai xde satu pun pin yang tinggal...
TAPI x dapat buat sebab....
bila gua lontar bola boling mesti kebelakang

10.
Gua nak buat....
menjadi seorang yang NOOB dalam game DOTA..
TAPI x dapat buat sebab....
belum main lagi orang lain dah kata gua PRO...


Tinggal satu paper lagi ni. Gua tengok buku pun rasa nak bakar..

November 20, 2010

Jom bunuh setan!

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampung maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.... ...

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampung tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersetubuh kannn abang kann.. dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan".

Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kan, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang???"

Ni pun setan gak.. jom bunuh...hahahaha
Gogo Arsenal

November 19, 2010

Aku pulang tanpa dendam...

Jam di tangan menunjukkan tepat kul 12 tengah ari. dah tiba masanya untuk gua sebagai jejaka yang hensem dimata gadis-gadis abad 21 bergerak menuju ke alam....NERAKA SERABUT. Leceh tul la, raya aji baru sehari. dah kene go back balik hostel. Kalau la gua jadi menteri pendidikan. Gua xbagi budak-budak ni exam lepas raya. kesian kat otak. Otak pun nk tido gak. Nak release tension. Layan movie blu kat external hardisk ke, makan lemang sampai terburai perut ke, merempit dengan rakan-rakan kat simpang pulai ke, usya ponggong 40 juta dr rozmey ke. Hatdoiiii..


"Lu xabis final lg ke bai. Giler semangat nak balik" merewang-rewang ayat tersebut di dalam kepala otak ni. perang psikologi yang diterjahkn dari member gua membuatkan moral gua turun mendadak. Semut api yang menjalar ditingkap bas menyemakkan lagi fikiran gua. Lalu gua jentik dan trus melayang ke peha amoi sebelah gua. Gua bajet semut tersebut mesti xtahan dengan peha gebu amoi tu. 

yeah!! ternyata sangkaan gua tak meleset. amoi tersebut digigit semut gersang tetapi beliau cuba menahankan diri. peha putih menjadi merah. mungkin bimbang gua akan amik kesempatan kot. sekali lagi fikiran gua serabut. pekara negatif mula timbul adakah muka gua macam perogol? pencabul? penghapus kehormatan?

 Macam ni la muka amoi tu. gua xtipu.

"bro, bro, lu nak pegi mana?" terpacul kat mulut mamat ejen tiket bas kat bukit jalil. "er, melaka ada? ayer keroh". mamat ejen tu bawak gua pegi kaunter dia amik tiket. "alamak bro, bas baru gerak. kene tunggu sejam lagi". limpahan maki-makian terbit dari mulut gua. Dalam masa sejam tersebut gua habiskan dengan berpura-pura menjadi pengawal keselamatan yang hensem di tepi platform.

gua selamat sampai kul 6.30 tadi. bas yang bawak gua dari kl sampai melaka amik masa sejam. gua rasa montoya yang bawak bas tu, tak pun alonso. patut lah berita banyak pasal bas sekarang ni. lagi-lagi kat bahagian sukan. Bas pecah rekod 12 terbunuh, antara tajuk yang paling glemer.

Papepun gua masih hidup lagi ni. Alhamdulillah.

 bas gua naik tadi..ok, yang ni gua tipu.

November 07, 2010

Suami start bersuara...

Saya dan isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan kami berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak.

Kami sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan,

LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS.
Isteri saya secara jenaka mencuit saya dan dalam senyum berkata :
'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'

Kami kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :
''LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS '

Sekali lagi isteri saya mencuit saya dan berkata :
'WOW Itu dah lebih dari dua kali seminggu.Abang boleh belajar banyak dari dia .'
Kami berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :

'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS'

Isteri saya menjadi girang dan mencuit saya dengan kuat dan berkata :
'Itu bermakna sekali setiap hari.Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini " !!!

Saya pun pandang isteri saya dan berkata kepada nya,"

'Awak pergi tanya lembu jantan tu, selama 365 hari itu, adakah dia mengawan dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA SETIAP KALI ??

October 19, 2010

Kalau binatang ada FB

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm orang2 selalu post tu..

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! …

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni… selongkar kitchen kabinet… sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee….

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan
tersengguk2. …nk tiru aku le tu.. lol….

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku.

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Babi: Kenapa orang selalu sebut nama gua ha? babi betul la....

October 17, 2010

Mak!! [jangan baca kalau berani]

Razif (bukan nama sebenar) bekerja di pelantar minyak dekat area timur semenanjung malaysia. Oleh kerana kerja nya di pelantar minyak yg terletak di tengah-tengah laut, die jarang sekali dapat pulang ke rumah. Malah hnya akan pulang apabila mendapat cuti umum atau cuti-cuti tertentu sahaja.

Setelah beberapa bulan berada di atas pelantar minyak, akhirnya Razif telah diberikan cuti selama seminggu oleh majikannya. Dengan hati yg gembira,Razif pulang ke kampung halaman nya di Pahang dengan hajat untuk bertemu ibu, isteri dan 2 orang anaknya yang masing-masing berumur 2 dan 4 tahun. Ibu nya telah menetap bersama-sama isterinya sejak ayahnya meninggal dunia 3 tahun yang lalu.

Setelah melalui perjalanan selama 3 jam yang di penuhi hutan, akhir nya razif sampai di kampung nya. Dari jauh terlihat ibunya sedang menyapu dan membakar sampah di halaman rumah.

Razif menghampiri ibunya, lalu menyalam tangan ibu nya.
"mak apa khabar ?" tanya Razif kepada ibunya. Ibunya tidak berkata apa-apa tetapi hanya memberikan senyuman kepada Razif. razif pun membalas senyuman tersebut.

"razif masuk dlm dulu ye mak. nk tgk hani dgn anak-anak." kata razif. Ibunya hanya tersenyum. setelah memasuki pintu rumah, razif memanggil isterinya berkali kali tetapi panggilannya itu tidak dijawab. puas razif mencari di rung tamu, di kamar tidur, tetapi tidak kelihatan kelibat isterinya. lalu razif keluar untuk bertanyakan kepada ibunya. malangnya ibunya tidak kelihatan. daun2 yang di sapu ibunya juga turut bertaburan seperti sudah seminggu tidak disapu. malah sampah yang dibakar juga tidak ada. razif kebingungan. "bukan tadi mak baru sapu dan bakar sampah2 ni ke??" bentak razif dalam hati. "ah.. salah tengok kot, ntah2 hani dan anak2 pun pegi rumah pak leman kot" razif berkata dalam hati. isterinya memang gemar pergi ke rumah pak leman waktu2 petang begini.

razif pun masuk kedalam rumah kembali. kelihatan ibunya sedang menyediakan makanan di dapur. razif pelik. tapi di tidak mengesyaki apa-apa kerana ibunya kelihatan biasa saja dan asyik tersenyum dari tadi.

"wow! banyaknya mak masak? ni mesti nak sambut anak mak yg baru balik ni kan? hehehe..." kata razif kepada ibunya. ibunya kelihatan tersenyum mesra. "razif masuk mandi dulu ye mak. jap lg razif turun" jawab razif.

jam di dinding kelihatan pukul 6.45 petang. razif yg telah mandi dan siap sedia untuk turun makan bersama ibunya didapur. sampai sahaja di dapur, kelihatan ibunya duduk di meja makan siap sedia menanti anaknya untuk makan bersama.

"jemput makan mak" kata razif. ibunya tersenyum.

"sedap nya mak masak, da lame razif x rase masakan mak ni." nyum.. nyum... ibunya tersenyum. mungkin ibu nya belum lapar lagi. jadi razif pon makan sendiri di temani ibunya.

dalam kesedapan razif menikmati hidangan, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.. "ah!!! org tgh sedap ni kacau je" kata razif dalam hati..

"assalamualaikum.. abg ke tu?? ni hani."

" walaikumsalam..yee... hani kat mana tu? abang kt rumah ni. tgh mkn dgn mak kt sebelah ni.."

"eh.. hani kt hospital ni bang. xsempat nk kol abg td. errr abang. mak kt situ ke?"

"hani buat ape kt sane? sape yg sakit? a'ah! ade ni tgh teman abang mkn.. cepat la balik hani abg rindu kt hani dan anak2"

" errr.. sebenarnya bang........." suara hani tersangkut2..

"apa dia?" jawab razif dgn penuh hairan.

"mak baru je meninggal bang.setengah jam td............."

razif yg mendengar isterinya berkata terus kelihatan pucat lesi. rasa seperti telah kehabisan darah di badan.

".................. errr... xpe jap lg abg dtg hospital ye..."jawab razif ringkas..

"errkk.. razif dah kenyang mak" kata razif tanpa menoleh ke arah ibunya.

razif sedar bahawa 'lembaga' yg duduk di sebelahnya itu bukanlah ibunya kerana ibunya baru saja dikatakan meninggal di hospital. tanpa menoleh kearah ibunya, razif bangun dari kerusi. cepat cepat die basuh tangan nya di singki. diambil topi keledar di atas peti ais dan kunci motor didinding rumah.. perlahan lahan dia berjalan menuju ke pintu dapur untuk keluar.

tiba-tiba ibu nya bertanya.

"kau nk kemana tu razif?"

"ke kedai sekejap mak" jawap nya ringkas




"nk ke kedai ke.......??? kau dah taw yg ni bukan mak????"



muka razif pucat lesi... rasanya darah yang ada semuanya telah habis. tanpa berlengah razif keluar dan menuju ke motorsikal buruk nya. di 'start' motornya tapi tidak berjaya. peluh jantan mengalir laju di pipinya. "ah.. time ni lak nk wat hal motor ni!!" marah razif dalam hati.

tak lame lepas tu.kelihatan ibunya bertenggek di tangga depan rumah. razif perasan tetapi tidak memandang kerana terlalu takut.

"nanti kirim kan ibu batu nisan ye nak!" jerit ibunya lalu mengilai2 dgn suara yang nyaring.. giginya menyeringai tepat kearah razif.

akhirnya setelah 5 minit mencuba, dengan kuasa tuhan motorsikalnya berjaya di hidupkan. razif memecut sehendak2nya meninggalkan ibunya yang sedang mengilai ngilai tanpa henti dangan suara yang nyaring...

bila kancil jumpa ferarri...

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti. tiba-tiba datangla sebuah kereta evo7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....

"Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evo7nye.
dia pun jalanla.. dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat evo7. apa lagi, jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia
dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat
bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah
ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

Budak-budak Zaman Sekarang....

Macam - macam perangai budak-budak sekolah sekarang. Ada budak sekolah bertudung yang berani melakukan seks di tempat terbuka. Diorang ni nak jadi pornstar ke ape? Keruntuhan moral budak-budak sekolah sekarang dilihat semakin ketara, nampaknya sistem pendidikan di Malaysia tidak berkesan untuk mendidik akhlak sesetengah pelajar di Malaysia ini sehingga ada yang bertindak melampaui batas.


Di bawah ini gambar-gambar bukti yang menunjukkan terdapat budak sekolah yang cukup berani melakukan seks walaupun di tempat awam. Gambar ini sebenarnya hasil dari screenshot video yang diperolehi di youtube.com, namun begitu saya rasakan tidak perlulah link video tersebut didedahkan kepada umum memandangkan ia hanyalah memalukan bangsa melayu sendiri.



Di dalam video tersebut kelihatan seorang individu yang tidak dikenali merakamkan adengan seks sepasang remaja sekolah dari dalam sebuah rumah. Intipan itu dilakukan melalui sebuah tingkap. Melihat keadaan persekitaran, pasangan ini nampaknya benar-benar melakukan aktiviti seks di tempat terbuka.

Sumber:
FeweTT

Cara lepaskan geram


PUKIMAK!!

LANCAU!!

BABI!!

SIAL!!

GAMPANG!!

BANGSAT!!

BODOH!!

CELAKE!!

JAHANAM!!

BUTOH!!

PANTAT!!

ANAK HARAM!!

FUCK YOU!!




























AWAS!!


Jangan mencarut... Tak baik...

October 16, 2010

Car Rock

Lu org tau ke karok tu ape? kalau xtau mybe lu orang datang dari sempadan siam xpun sempadan mulukut daerah kombojia. Ni kes semalam lah. member gua ajak gua pg karok. gua rasa cun gua follow la. 

gua sedap layan jiwa dengan kapchai gua kasi member gua heading jalan. Rasa macam pegi disneyland! lepas tu gua mula terbayang heliza af tengah buat apa sekarang ni. kenapa dia xantar msej gua malam ni mcm selalu.


Zasssss! kapchai gua sangkut lubang. nasib baik gua guna enjin vtec untuk balance kn kapchai ni. eh mana member heading td...haram, hilang. Gua port bahu jalan. hampa kene tinggal. 'jauh lagi ni, msti makhluk tu tunggu gua." detik usus gua.

vibrate ttiba berdengung kat kocek. oh! heliza msej gua. gua terus bukak msej.

"bro, kitaorg dah sampai ikut shortcut td".

Argggghhhhh!

October 08, 2010

Malam Test

Ahhh sudah.. gua tension menelaah digit-digit malam ni. gua gerak pergi ruang tamu sambil berhajat nak licinkan tekak.. gua curi-curi dengar perbualan member -member pasal kelahiran..

Zaim         : Gua kalau lu nak tau, gua lahir kat sungai..
Zulkarnain : pergh, lu lahir sungai? wei beliau lahir kat sungai.. [berpaling muka kat gua dengan harapan gua balas]
Gua          : Patutlah masuk air..
Zaim         : Celaka

Kelihatan muka Zulkarnain berubah....maybe "pending".

Terlupa..

Pang pang pang...

Dalam keheningan pagi, sebuah motosikal membelok perlahan di satu simpang. Bunyi yang datang dari signal motosikal di luar kedai itu menyebabkan gua termenung seketika. Memori silam sebagai seorang belia benci dadah yang membina negara tiba-tiba menerjah fikiran gua.

"Lim Tat, loti sama itu tin sardin berapa harga?" tanya gua kepada Lim Tat setelah sebuah lori 5 tan selesai mengundur untuk menempatkan stok-stok baru kedai.

"Empat linggit." jawab Lim Tat, "lu angkat satu lagi loti wa kasi lima linggit la, senang celita"

Gua menepuk-nepuk kocek seluar gua yang nampak agak luar biasa.

"Kalau gua ajak Zaim Azamam dengan Mawar Liar tadi boleh settle masalah dengan mudah..." bisik hati kecil gua.

Gua seluk kocek seluar dan berjalan ke arah motosikal gua.

"Mana lu mau pergi? Ini barang lu sudah angkat mau bayar ka tak mau?" tanya Lim Tat berkerut dahi.

"Balik. Makan nasik!" jawab gua dengan kepala sudah bertopi keledar.

Dari jauh gua tengok mulut Lim Tat macam mencarut panjang.

October 07, 2010

Ape barang main DOTA [Thrall]

Hari ni gua nak cite pasal DOTA plak la. Hero baru gua nak kongsi-kongsi ngn lu orang. Gua bkn hebat sangat pun main DOTA ni. Sekadar suka-suka..

Hero malang gua nak kasi info xberapa betul ni adalah Thrall the Far Seer. tahniah!


Kategori: Far Seer
Nama Hero : Thrall

Kelajuan awal: 300
Jenis Hero: Intelligence
Armor permulaan: 1
Damage permulaan: 49-53
Jarak: 600

Agility: 15 + 1.4
Strength: 19 + 1.9
Intelligence: 22 + 2.5

Skill untuk Thrall:

Level 1: Kinetic Field/Thunder Strike
Level 2: Thunder Strike/Kinetic Field
Level 3: Thunder Strike
Level 4: Glimpse
Level 5: Thunder Strike
Level 6: Static Storm
Level 7: Thunder Strike
Level 8: Kinetic Field
Level 9: Kinetic Field
Level 10: Kinetic Field
Level 11: Static Storm
Level 12: Glimpse
Level 13: Glimpse
Level 14: Glimpse
Level 15: Stats
Level 16: Static Storm
Level 17-21: Stats
Level 22-25: Stats

setakat ni yang gua layan item dia

-Phase boots
-Perseverance
-Panguard Vanguard
-Eyes Of Skadi
-Kelen dagger

-Lagi satu suka ati lu orang lahh

 kelen + ulti + kinetic = maybe lu orang boleh rampage..

 Lu orang plak ape cite..ade info best kasi tau la gua.










 

October 04, 2010

Sabun punya nama...

Ari ni gua rasa macam story pasal member-member gua punya perangai [sama saja dengan gua]. Nak taip panjang krem plak sendi-sendi tangan nih. lu org baca je la kartun bawah ni. Sama je perangai dia. xde beza pun.

klik kalau xpuas ati

September 29, 2010

Aduiyai AF9


Tengah-tengah malam ni gua saja la travel facebook gua tengok bende mana tau ada yang best-best untuk gua cuci mata...tak pun dapat sangkut sorang dua awek buat kikis duit gua. Tapi, pergh tengah sedap gua layan terbuka lak group AKADEMI FANTASIA 9. gua ingat season lepas kot AF9 ni. Rupanya untuk season depan. Eh bergurau pulak..mati-mati gua ingat AF ni dah abis.

Peminat dia usah cite la ramai dia leh kalah orang pegi masjid solat jumaat. Eh boring lak cite pasal ni...suka ati lu la astro...buat realiti tv tu sampai AF25 mcm AJL pn takpe. Astro tiap-tiap bulan kene bayau jugak.

ERMmmm...pesal astro sekarang banyak iklan ha???



Klik gambar kalau xberapa nak nampak

September 27, 2010

Memang Musim Kot...

Sejak memenjak ni gua xberapa nak sihat la akibat batuk dan selsema sampai gua susah nak tidur malam.Sudah beberapa malam Gua tidur tak lena pasal hidung tersumbat.Akhirnya terpaksalah gua pegi klinik universiti untuk mendapatkan rawatan.Tapi gua pun tak paham dengan doktor ni.Korang dengarlah pertanyaan-pertanyaan yang doktor tu ajukan kat gua:

Doktor:Masuk2..Sakit apa?
Gua:Doktor teka saya sakit apa kalau doktor pandai(dia doktor tanya gua lak sakit apa).Batuk,demam,selsema dengan sakit tekak.
Doktor:Dah berapa hari sakit?
Gua:2,3 hari sakit.
Doktor:Ada allergik dengan apa-apa ubat tak?
Gua:Ada..Ubat nyamuk,ubat gegat,ubat lipas..semua2 allergik..
Doktor:Ok,nih saya bagi ubat,kalau lepas abis ubat tak baik datang jumpa saya.
Gua:Demm doktor..orang doalah supaya baik....

*Jawapan dari gua semuanya merapu dan menipu..Cuma soalan dari doktor jer yang betul2.


Soalan dia tak ada yang salah pun. Memang patut pun dia tanya allergic dengan ubat apa sebab takut kalau bagi ubat yang kita allergic kompem problem nanti.Ingat boleh la dapat surat MC 2,3 hari ker,tapi tak dapat pun.Tak suspek betul doktor nih..
Lu org nak percaya ke xgua pegi klinik gua pedulik hape..dah nama blog pn kaki tipu...suka ati la....

Pekara-pekara Yang buat kita Tension!


1. Nampak pempuan jalan sane-sini sambil kolom lollipop..
.
2. Tengah bersesak2 dalam bas/komuter, ade budak kecik menangis kuat2...


3. Nampak ade orang tersungkur depan kite tapi kite takleh ketawe kuat2...


4. Tengah jawab exam ade pengawas exam jenguk2 kertas kite...


5. Order makanan pastu lambat siap...


6. Dalam kuliah/kelas kite tak paham pape langsung tapi orang lain sume paham...


7. Baru pas clash pastu nampak ade couple ngah dating...


8. Tengok orang tue makan...


9. Tengah gaduh ngan boypren/girlpren pastu kredit abes...

10. Baru nak download porn movie, tetibe internet slow plak..

11. Tengah sronok tengok cite kat tb tetibe ade orang alih channel lain plak..


12. Jumpe duet tepi tepi jalan tapi rase sedang diperhatikan...


13. Rase nak sepak2 orang tu tapi tak berani...


14. Bace luahan perasaan orang yang baru pas break di facebook...


15. Pegi bandar nampak awek2 tak cun cube bertelanjang untuk secebis perhatian dari orang ramai...


16. Bercite-cite nak jadi mufti tapi nak jadi imam pun tak berani...


17. Time tengah puase nampak KFC terbang di mane2...


18. Tengah Nak Beyond Godlike men Dota tetiba blackout, xpun internet putus.


19. Chelsea kene bantai ngan Arsenal tapi takleh tengok sebab kene wat lab report...


20. Dah tulis blog panjang2 pastu terdelete plak!!


Gua amik dari blog dia ni sebab nampak macam best.

Kembali.....

Pergh..lama gila bai gua xupdate blog haram gua ni...gua bukan xnk update sebab ni bukan blog gua pon.  haha. Sekarang gua take over la kasi hidup balik blog yang dah macam ade dua tiga jumaat je lagi. Hope sapa baca tak marah la. Admin sudah tukar. Esok ada quiz material dengan thermal..best word gua boleh paku sekarang. "tanpa toyol mati la gua".

April 20, 2010

Pantai 2

Tang mana cerita ari tu gua sudah lupa la. Gua bangun, bersiap pkai short, bukan short skirt ha..boxer gua la dowh! complete set. Gua keluar dari bilik gua tengok semua xsiap lagi. kasi hangin lg kat kt luar hati gua, td dalam ati gua panas! tapi skrg dah ade taman..haha! gua merepek lu pham ka? Ayat kasi pening baru lu semua xnak baca blog gua. hahaha.

Gua pn sound 'hoi kome2 semua! agak2 sebelum hari wesak korang dah siap x?' [dalam nada lembut]. ha! tekeluar loghat perak gua skit.

'lek la bai, tu budak kedah xsiap lagi' ayat budak agama nk cover kemarahan gua.

hek eleh gua plak yg mcm semangat nk pegi, mcm tut la ini budak-budak nih. slow mcm siput. gua dah xtentu arah. apa nak buat nih. tunggu diaorg bersiap. pakatnya gua jd patung2 kat sawah. gua amik inisiatif menterbalikkan badan gua, kepala kat bawah kaki kat atas sebagai tanda protes untuk mereka.

'yela2 gua siap, buang tebiat apa org tua nih.gua baru nak rampage beyond godlike.' balas budak kedah yang tngah berdefence of the acients.

to be continue..

April 15, 2010

Pantai 1

"Boring shial ari ni!" kata budak Jabatan Agama Islam Melaka kepada gua yang dah sememangnya beliau menunjukkan perasaan tidak puas ati terhadap kelambatan mamak memberi air minuman kepada kami time makan malam semalam.

"So?? lu nak kita buat ape ha malam-malam macam nih??" budak Kedah pula mencelah sambil check kot2 ade notify baru yang masuk dalam web buku muka beliau.

"Jom pegi pantai" suara ganas dari budak johor.

Cibai idea nih, gua xsuka. perkara yang paling malas gua nak buat selain melukis poster untuk anti dadah dan mencungkil tabung adik gua yang kosong. mood gua time tuh memang xde. dalam ati gua nak lepak dirumah malam ni walaupun macam xremaja.gua peduli hape.

"Korang pegi la, gua malas!" gua jerit sambil syncronize kan suara dan pegerakan gua.

"Ala bro, jom la bai..tetiba malas ape hangin lu bro?" budak johor membebel.

Dem it, terpaksa jugak gua pegi walaupun gua dah bubuh gam 3 saat kat badan gua ni sebab xnak keluar. Ini semua sebab member punya pasal. 

Nanti gua sambung lagi...ngantok.

Surya & Berhenti

Apehal hari ni gua rasa nak mengamuk. Rasa macam nak gigit lutut unta.

Gua ni penyabar. Tapi kenapa dia buat macam ni.

Malam tadi, kat kedai dpn MMU.

"Bro, Surya ada tak", tanya gua dengan nada kacak.

Bro tu geleng.. Aduh.. Gua pun ushar-ushar rokok orang bergaji besar. Ish. Nak ke tak nak ni? Hati gua berbelah bahagi.

"Winston 14 la", gua mintak jugak gaya seorang veteran perang Vietnam.

"Merah?", tanya bro tu pada gua.

"Yelah, merah la. Cam sundal je isap hijau.", bentak gua dalam hati.

Seakan memahami raut wajah gua yang agak budiman. Bro tu terus amik Winston 14 merah.

Setan tol. Malam ni gua dah membazir.Apehal la sistem mafia kat Malaysia kurang mantap. Macam mana la Surya payah nak lepas kt Malaysia ni. Harga rokok pun dah naik. Berhenti rokok?? emmmmmmmmmm......

April 14, 2010

Kenal ke x?


Gua ngn member gua pegi jalan2 kat town. Tengah2 jalan2 ternampak kedai VCD baik punyee...Singgah la kejap godek2 walaupun duit poket time tu tinggal 0.0001% je nyawanya. Tetiba terserempak dengan seseorang perempuan. Perempuan tu staring tajam kat gua. gua dah mula perasan tapi langkah dia bukan makin rapat ngan gua..tapi ngn member gua..hampeh!!! baru nak pasang tali pancing kat joran. Member gua pulak muka pucat macam kene sepakan 7 petala langit dari mak dia...perempuan tu tegur dia..(dauz bukan nama sebenar)..

Perempuan:Eh,awak ni Dauz kan?lame x jumpa

Dauz:erm awak ni sape pulak?kita penah jumpa ke?

Perempuan:buat2 tak kenal pulak?

Dauz:betul saya tak kenal awak..

perempuan:kalau macam tu saya salah orang la ni

Dauz:mungkin.tapi mengapa yea?

Perempuan:muka awak seiras bekas x boyfrend saya dulu

Dauz:oh..yea ke?so masih couple dengan jeff lagi ke?

Perempuan:yup..mana tahu ni..?

Dauz:eh..tak,tak...(terus bla dari situ)

Gua:????? (follow je xbnyak tanya)

March 31, 2010

Soccerkids Malaysia


Pernah dengar x pasal soccerkids??? bagi aku daripada tengok AF, Mentor, dan macam2 rancangan yang menyemakkan lagi industri seni sekarang nih baik korang tengok realiti tv macam nih. Aku tengok kat TV3 pasal budak2 soccerkids ni dari pemilihan sampai match akhir lawan Singapore, fuh...'Im proud to be malaysian'. budak2 nih main bukan main lagi. Tak macam Malaysia yang dah matang sekarang nih [matang ker??], main xde hati, semangat xde, yang tau gaya rambut macam ronaldo, kasut macam beckham tapi main macam orang kene tungau. 


Kalau suruh aku turun stadium kat kawasan umah aku pn aku xturun tengok Malaysia, bukan sebab aku xsokong Malaysia. Tapi mutu yang cuba ditonjolkan agak keterlaluan bagi aku. sehingga aku xlalu nak tengok. baik aku tengok citer Jidin tak pun kapten kit..kakakaka.. Dan2 plak kalah time tuh, elok2 je keluar stadium aku terus maki2 agaknya, xpun sebelum keluar tu aku dah maki2 kot siap baling botol kene kat kepala manager, biar sampai putus urat tengkok dia bila kene botol. Tak pun kepala player yang main tuh. Aku tak kejam tapi kalau dah marah bende lembut pun aku buat ganas.kekeke

Sambung balik pasal soccerkids, adakah diaorg ni bila dah besar masuk liga malaysia?? tak pun liga luar negara yang anggap Malaysia ni tak de pape istimewa pn?? boleh plak main liga macam main friendly match diaorg cakap. 

Come on Malaysia, apa sudah jadi, kita dihina teruk macam tu beb. Aku pun tak tau apa la nasib budak2 ni akan datang, diaorg ni dapat tolong Malaysia naik balik ke macam zaman mokthar dahari dulu? tak pun takat hangat2 taik ayam. Kecik2 power besar2 ommak aih punya la teruk?

Papepun xnak komen banyak2 pasal bende nih, masing2 ade otak tuk berfikir.







p/s: Malaysia menang 11-0..Tahniah!


Admin 2




March 17, 2010

ADNAN SEMPIT...


gua cari duit dalam poket, ooomak aih skit!

gua merayau ttiba tersadung, terjumpa pulak sebuah tabung,

korek2 pkai lidi, duit xkluar masih steady,

gua bengang gua gigit, last2 yg kluar cuma seringgit,

perut dh keroncong, bukan nak bohong,

nak makan serba salah, takut duit nanti kene kekah,

dari gua gigit jari, baik gua pergi mencari,

terjumpa pula sebuah almari, tersimpan pula sebungkus megi,

nak diambil milik orang, tapi hati suruh serang,

gua pn xpikir panjang, air dalam hitter terus gua jerang,

sambil menunggu megi kembang, bukak facebook sembang-sembang,

megi kembang gua sapu, terus mkn dengan sudu.

leganya perut tidak terbayang, Alhamdulillah kenyang!




p/s: makan la kalau xnk rasa lapar..




xD




ANTARA AKU DAN DIA...

Kepada insan yang bernama lelaki..patotkah semua ini terjadi dalam hidup anda.lau pompuan TIPU anda, maka anda berhak untuk menjadi PENIPU yg lebih baek.

tp lau anda seorang pompuan yang kene KENCING oleh insan yang bernama lelaki,anda perlu lah jd KAKI KENCING yg berjaya.x pon,jumpe jer aku.meh aku kencing bnyak2.

p/s:jgn percaya kedua2nyer
admin 1

TERKEJUT BERUK..

Ari ni ari rabu, macam biasa la..pagi2 gua bangun tido jalankan rutin seperti biasa. Tapi gua tulis ni bukan nak citer pasal gua ari ni. tak de kaitan pun. Citer pasal semalam. malam semalam lah senang citer. Paham x ni? belum masuk citer lagi nih.. gua semalam xleh nak tido. Gua mengelamun pastu rasa2 bilik gua panas tetiba, secara otomatiknya gua terpikir tentang bilik belakang umah gua nih..hostel, bukan gua beli umah pun. Walaupun puaka, bilik nih memang sejuk sebab kipas dinding dia memang menghadap terus ke katil. So, dengan tekad dan inisiatif yang ada gua membuat hipotesis iaitu semakin gua masuk bilik tuh, semakin tinggi peratus gua untuk tido.

Gua pun begerak maju dengan bantal yang terrbaik. Dekat 4tahun tak basuh, yelah dari gua amik diploma dulu. Bau kalau cium.fuhh, menyelerakan. Biasalah, dah campur ngn rumate gua. Lagi-lagi mamat sekor nih, asal balik kuliah katil gua jadi port dia. So secara otomatiknya terus menyumbang kat bantal ni. Sambung balik cite gua. gua dah sampai depan pintu bilik. Gua pulas tombol. Alamak, pehal leh kunci plak nih. Setahu gua bilik xde org. buat pe nak kunci. bukan ade barang pn nak dicuri. ini membuatkan gua musykil.


Gua cuba cari bende. Screwdriver ada dalam laci dapur. Gua amik gua korek tepi tombol. Berpeluh gak buat bende nih. Ini menambahkan lagi mud panas gua. argh xkisah janji gua leh landing kat bilik nih. Tengah sedap korek tombol. Gua dengar bunyi kipas on dalam bilik. Gua dah rasa panik. Member gua pernah bagitau gua. Umah gua ni dulu prempuan yang duduk. Ramai yang citer perempuan dalam umah ni rajin kene histeria. Sebab nampak bende yang bukan-bukan.


Plap!![sound efek pintu terbukak]. pergh, bersawang bilik. Sekor labah-labah merayap kat tangan gua. Gua jentik slow2. bagi dia jatuh elok2. Gelap sungguh bilik nih. gua pun meraba cari katil. Cantek dah jumpa. Gua lempar bantal and terus landing. Bedebub. gua jatuh atas bende. Gua dah makin tak sedap badan dan tak selesa. Bende ape plak nih. Kenyal, setahu gua yang kenyal2 nih toyol jer. Gua try2 raba untuk kepastian. "Adus! pedih, oi nape ko men landing je ha! pastu meraba aku". Lorh, baru gua tau bilik tu ade member gua.dia tengah sedap layan tido. Patut la bilik berkunci. Tido mati plak tuh. Orang kopak pintu tak dengar. Gua pun mintak diri pada member gua dan beransur semula kebilik gua dengan perasaan hampa.

watak yang terlibat dlm cite ni:
1.Hannan
2.Naim
3.Mie

P/s: gua terpikir-pikir gak, mat saleh pun ade toyol jugak ke ??




Toyol

By: Admin 2