October 17, 2010

Mak!! [jangan baca kalau berani]

Razif (bukan nama sebenar) bekerja di pelantar minyak dekat area timur semenanjung malaysia. Oleh kerana kerja nya di pelantar minyak yg terletak di tengah-tengah laut, die jarang sekali dapat pulang ke rumah. Malah hnya akan pulang apabila mendapat cuti umum atau cuti-cuti tertentu sahaja.

Setelah beberapa bulan berada di atas pelantar minyak, akhirnya Razif telah diberikan cuti selama seminggu oleh majikannya. Dengan hati yg gembira,Razif pulang ke kampung halaman nya di Pahang dengan hajat untuk bertemu ibu, isteri dan 2 orang anaknya yang masing-masing berumur 2 dan 4 tahun. Ibu nya telah menetap bersama-sama isterinya sejak ayahnya meninggal dunia 3 tahun yang lalu.

Setelah melalui perjalanan selama 3 jam yang di penuhi hutan, akhir nya razif sampai di kampung nya. Dari jauh terlihat ibunya sedang menyapu dan membakar sampah di halaman rumah.

Razif menghampiri ibunya, lalu menyalam tangan ibu nya.
"mak apa khabar ?" tanya Razif kepada ibunya. Ibunya tidak berkata apa-apa tetapi hanya memberikan senyuman kepada Razif. razif pun membalas senyuman tersebut.

"razif masuk dlm dulu ye mak. nk tgk hani dgn anak-anak." kata razif. Ibunya hanya tersenyum. setelah memasuki pintu rumah, razif memanggil isterinya berkali kali tetapi panggilannya itu tidak dijawab. puas razif mencari di rung tamu, di kamar tidur, tetapi tidak kelihatan kelibat isterinya. lalu razif keluar untuk bertanyakan kepada ibunya. malangnya ibunya tidak kelihatan. daun2 yang di sapu ibunya juga turut bertaburan seperti sudah seminggu tidak disapu. malah sampah yang dibakar juga tidak ada. razif kebingungan. "bukan tadi mak baru sapu dan bakar sampah2 ni ke??" bentak razif dalam hati. "ah.. salah tengok kot, ntah2 hani dan anak2 pun pegi rumah pak leman kot" razif berkata dalam hati. isterinya memang gemar pergi ke rumah pak leman waktu2 petang begini.

razif pun masuk kedalam rumah kembali. kelihatan ibunya sedang menyediakan makanan di dapur. razif pelik. tapi di tidak mengesyaki apa-apa kerana ibunya kelihatan biasa saja dan asyik tersenyum dari tadi.

"wow! banyaknya mak masak? ni mesti nak sambut anak mak yg baru balik ni kan? hehehe..." kata razif kepada ibunya. ibunya kelihatan tersenyum mesra. "razif masuk mandi dulu ye mak. jap lg razif turun" jawab razif.

jam di dinding kelihatan pukul 6.45 petang. razif yg telah mandi dan siap sedia untuk turun makan bersama ibunya didapur. sampai sahaja di dapur, kelihatan ibunya duduk di meja makan siap sedia menanti anaknya untuk makan bersama.

"jemput makan mak" kata razif. ibunya tersenyum.

"sedap nya mak masak, da lame razif x rase masakan mak ni." nyum.. nyum... ibunya tersenyum. mungkin ibu nya belum lapar lagi. jadi razif pon makan sendiri di temani ibunya.

dalam kesedapan razif menikmati hidangan, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.. "ah!!! org tgh sedap ni kacau je" kata razif dalam hati..

"assalamualaikum.. abg ke tu?? ni hani."

" walaikumsalam..yee... hani kat mana tu? abang kt rumah ni. tgh mkn dgn mak kt sebelah ni.."

"eh.. hani kt hospital ni bang. xsempat nk kol abg td. errr abang. mak kt situ ke?"

"hani buat ape kt sane? sape yg sakit? a'ah! ade ni tgh teman abang mkn.. cepat la balik hani abg rindu kt hani dan anak2"

" errr.. sebenarnya bang........." suara hani tersangkut2..

"apa dia?" jawab razif dgn penuh hairan.

"mak baru je meninggal bang.setengah jam td............."

razif yg mendengar isterinya berkata terus kelihatan pucat lesi. rasa seperti telah kehabisan darah di badan.

".................. errr... xpe jap lg abg dtg hospital ye..."jawab razif ringkas..

"errkk.. razif dah kenyang mak" kata razif tanpa menoleh ke arah ibunya.

razif sedar bahawa 'lembaga' yg duduk di sebelahnya itu bukanlah ibunya kerana ibunya baru saja dikatakan meninggal di hospital. tanpa menoleh kearah ibunya, razif bangun dari kerusi. cepat cepat die basuh tangan nya di singki. diambil topi keledar di atas peti ais dan kunci motor didinding rumah.. perlahan lahan dia berjalan menuju ke pintu dapur untuk keluar.

tiba-tiba ibu nya bertanya.

"kau nk kemana tu razif?"

"ke kedai sekejap mak" jawap nya ringkas




"nk ke kedai ke.......??? kau dah taw yg ni bukan mak????"



muka razif pucat lesi... rasanya darah yang ada semuanya telah habis. tanpa berlengah razif keluar dan menuju ke motorsikal buruk nya. di 'start' motornya tapi tidak berjaya. peluh jantan mengalir laju di pipinya. "ah.. time ni lak nk wat hal motor ni!!" marah razif dalam hati.

tak lame lepas tu.kelihatan ibunya bertenggek di tangga depan rumah. razif perasan tetapi tidak memandang kerana terlalu takut.

"nanti kirim kan ibu batu nisan ye nak!" jerit ibunya lalu mengilai2 dgn suara yang nyaring.. giginya menyeringai tepat kearah razif.

akhirnya setelah 5 minit mencuba, dengan kuasa tuhan motorsikalnya berjaya di hidupkan. razif memecut sehendak2nya meninggalkan ibunya yang sedang mengilai ngilai tanpa henti dangan suara yang nyaring...

No comments:

Post a Comment