November 22, 2010

Aku dan CS

Lu orang pernah main CS x? bagi sapa yang tak tau CS tu pe bende, dia adalah sejenis cicak yang katek-katek atau nama saintifiknya Cicak Serama[CS]. tak caya gi tanya abang google. takkan tu pun gua nak ajar.

Teringat masa muda-muda dulu, time sekolah rendah lagi. Member gua ajar gua jadi seorang yang sangat skema dengan menipu mak gua dengan mengatakan ada koko kat sekolah. siap mintak duit lebih sebab skolah lebih masa. Mati-mati mak gua percaya kat gua. terbit rasa bangga dalam diri kerana dapat menjayakan watak budak yang skema tetapi comel.

"Pergh lu dapat RM3.00...kaya la lu beb". ujar member gua. Gua bangga! riak! bongkak! gersang! kembang hidung bila kalimah-kalimah tersebut ditujukan pada gua. RM1.50 gua hulur pada makcik kantin  sambil mendabik dada. RM1.50 pada masa tu sangat bernilai, boleh beli nasi lemak 50sen, air sirap 10sen, daging burger 50sen dengan sandwich 40sen. "abis sekolah ni kita lepak cc bai. ada game gempak gua belaja semalam!" tambah member gua tadi. "Roger!" tambah gua. baki duit gua simpan untuk misi tersebut.

"weh lu reti men game ni x?" member gua ask the question. "zzzz..dont know..im newbie" perasaan riak masih dalam diri. "ok, gua pegang mouse lu tekan keybord" balas member gua. Kami main dengan penuh ghairah selama sejam. Ramai yang kami bunuh. Orang ramai berkerumun di pc kami. Riak gua bertambah-tambah seperti cendawan tumbuh di kepala dr romie. 1/2 alam pecah punggung.

Ppppiiaaaaapppp!!! 

"Ades!! sakit la mangkuk" gua menjerit ikut irama Cindai - Siti Nurhaliza. Telinga gua kene pulas. "Mana pergi koko nye AjaK oi!!" suara nyaring ibarat langsir langsuir mengilai kat telinga gua. terang, jelas dan nyata tetapi sedikit berdengung. Gua pernah dengar suara ni. Gua toleh gua nampak mak gua tengah reload peluru kat machine gun sambil muka merah. barulah gua tahu yang gua patut redha, tawakal dan istiqamah.


Layan video ni kayh!

1 comment: